Elemen-elemen dalam setiap musim Power Rangers Power_Rangers

  1. Power Rangers tidak dibenarkan mengguna kuasa mereka untuk kepentingan peribadi atau untuk mencetuskan pergaduhan.
  2. Power Rangers tidak akan menghancurkan raksasa kecil dengan Megazord sewenang-wenangnya.
  3. Power Rangers tidak dibenar mendedahkan identiti sebenar mereka (pengecualian berlaku dalam siri Power Rangers: Lightspeed Rescue, Power Rangers: S.P.D. dan Power Rangers: Operation Overdrive di mana mereka adalah pegawai awam seperti polis dan sebagainya).
  4. Senjata para Ranger diseragamkan seperti pistol laser atau pedang.
  5. Setiap Ranger juga dibekalkan set senjata yang boleh digabungkan untuk membentuk senjata yang lebih besar.
  6. Seorang atau lebih Ranger diberikan sebuah motorsikal untuk kegunaan jarak jauh.
  7. Setiap Ranger mempunyai dan memandu Zord masing-masing.
  8. Ranger merah biasanya diberikan kuasa/senjata tambahan seperti Battlizer.
  9. Kemunculan Ranger keenam pada pertengahan siri, atau penambahan ranger-ranger lain.
  10. Senjata dan Zords biasanya musnah pada penghujung musim, digunakan dengan kuasa penuh untuk menewaskan musuh utama.
  11. Kuasa Ranger juga musnah, disimpan atau ditinggalkan pada pengakhiran musim; walaupun sesetengahnya ada untuk kegunaan masa depan.

Siri-siri Power Rangers selepas Power Rangers: In Space memaparkan jalan cerita yang berlainan antara satu sama lain. Terdapat gabungan dua pasukan Power Rangers menentang kuasa kejahatan, di mana gabungan paling hebat setakat ini ialah gabungan 10 Ranger Merah dalam siri Power Rangers: Wild Force(episod Forever Red).

Rujukan

WikiPedia: Power_Rangers http://www.getpowerized.com http://disney.go.com/powerrangers/teams/dino/index... http://disney.go.com/powerrangers/teams/galaxy/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/mighty/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/mystic/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/ninja/inde... http://disney.go.com/powerrangers/teams/overdrive/... http://disney.go.com/powerrangers/teams/rescue/ind... http://disney.go.com/powerrangers/teams/space/inde... http://disney.go.com/powerrangers/teams/spd/index....